Hobi dan Pengalaman sebagai Blogger



Blogging ni satu hobi yang aku minat sangat dulu. Blogging macam makan kopok jugak, sekali makan memang tak sedar dunia. Ini pun baru mula aktif balik sebab amik subjek Blog dan Laman web dah 8 tahun tak aktif. Selepas masuk Poli memang tak aktif langsung disebakan internet satu dan sibuk dengan asaimen. 


Sebenarnya blogger ni sangat best tak percaya cuba tengok blog lyssa faizureen, ben ashaari dan nisa kay. Tak pon ramai artis yang aktif dalam dunia blogger sebenarnya macam hanis zalikha dan zahiril adzim. Sebab  tu jugak tujuan blogging jangan jadikan jana pendapatan tu motif utama. Kalau itu motif utama bukannya tak boleh tapi jangan pula berhenti separuh jalan, kalau tak 3 4 bulan blogging terus lenyap gitu. Dulu aku pon pernah nak join nuffnang untuk tujuan jana pendapatan tapi rasa macam leceh kena serius, sebab tujuan aku blogging ni memang untuk seronok-seronok jea.


Apa yang bestnya blogging ni, ramai kawan (followers). Aku selalu join group blogger dalam facebook. Dalam group tu kami dapat share entry baru dan cari kenalan . Itu yang menariknya. Kadang-kadang kita tak kenal pon orang tu, tapi rasa macam kenal lama ja bila borak dan baca blog dia. Dan yang paling aku seronok, kenkadang komen tu tak penting pon, tapi bila ada orang komen dalam post tu, rasa semangat nak blogging tu terus naik. Serius. Ramai orang kenal dari blog ja macam nisa kay, hanis zalikha semua tu..tuptup dah terkenal.


Selain itu juga, blogging ni mengajar kita cara berkomunikasi dengan orang sekeliling, bukannya macam katak dibawah tempurung  tak bersosial dengan orang dalam dunia sendiri ja. Disebabkan itu juga blogging ni mengajar kita menjaga imej diri. Nak update sesuatu entry tu hati-hati la bila berkata-kata jangan la sentuh sensitiviti orang luar, bangsa dan agama mahupun politik. Mestila nak jaga nama baik sendiri kan. Mungkin kita tak sedar, tapi sebenarnya ada yang perhatikan kita. Kesimpulanya, tak perlu pon nak jadi blogger yang femes, sekadar hobi dan menyampaikan cerita yang sopan, imej tu penting beb.
 

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Dah baca?
Tinggalkan komen anda di sini,hehe
Tengkiu..

 
copyrightbluered "i'm ATIKAH OMAR"