Bila dah rasa kena cari duit sendiri


Selepas habis belajar di politeknik, aku bekerja di travel agent. Masa tu memang suka sangat dapat kerja situ sebab dalam otak ni fikir nak travel ja. Tapi susah jugak nak belajar dari zero to hero terutama ni bukan bidang aku, yelah selepas mintak kerja kena panggil temuduga bagai Perghh, terutama aku bekerja dibahagian Reservatioon ticketing dan jaga bahagian akaun syarikat. Ok lupa nak kenalkan, nama syarikat aku bekerja tu TH Hata Travel & Services Sdn.Bhd. 


Best jugak kerja kat situ dapat belajar cara nak handle masalah, akaun dan komunikasi, selain tu juga bos situ pun baik sangat dan staff situ sangat sporting sampai sekarang still contact walaupon dah berhenti kerja, pergi bercuti  di krabi, langkawi, cameron, lombok, dan tempat-tempat lain lagi, best sangat bila terkenang balik. Tapi sekarang susah sikit sebab aku dah sambung belajar, yelah mana nak cekau duit nak bercuti bagai, dulu kerja boleh laa..bos pon baik bagi cuti. 


Sekarang baru rasa susahnya nak cari duit poket sendiri, tu pon kira bagus dapat kerja di negeri sendiri jimat duit rumah dan minyak cuma makan ja sampai la berat badan naik. Makan pon kenkadang bos belanja, apalagi tak cukup kerja situ, gaji pon best sebab cepat naik.hihi..tapi aku kerja dalam setahun lebih ja situ sebab dapat tawaran belajar di UPSI.



Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Dah baca?
Tinggalkan komen anda di sini,hehe
Tengkiu..

 
copyrightbluered "i'm ATIKAH OMAR"