Padi Box Sekincan



Hai sambung lagi cerita..sebenarnya banyak aku nk cerita dekat entry yang lepas pasal Ecoworld Majestic tu tapi tak larat nak menaip sebab puasa kn aku bgtaw dekat entry lepas. Aku, eila zati dan angah sememangnya kaki berjalan bercuti dan habiskan duit begitu saja untuk mencipta satu memori baru. aceewah..haha..Hari tu pergi satu hari jea masok seem 2 kot.nth la..macam2 jadi benda yang tak diiingini sampai kami terpaksa tidur di rumah nenek eila..disebabkan beg tangan zati hilang..habis barang duit semua.aku xsure la berapa yang hilang tu..sebab leka sangat bergambar.kami stay dekat ecoworld tu sampai tutup.. check cctv dan buat report polis. keesokan hari ada sorang makcik ni kol zati cakap dy jumpa beg zati semalam dekat parking kereta..dia amik bawak balik then check segala bagai dalam beg tangan pastu terjumpa contact number zati..rumah makcik tu dekat puchong. Kami dari bangi ke puchong untuk amik beg tu. kesian aku tu..dalam tu ada duit, kad matrik segala bagai..duit jea hilang..pastu kami balik upsi..Tamat.

Nak terobek berjalan dekat Padi Box Sekincan ...







p/s: serius laa x larat menaipp...arghhh

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

Coffea Artist mungkin..



Hari ni puasa. Puasa di upsi pulak tu.adeh... ntah hari ke berapa puasa sebab busy dengan final project ulang alik g lab, tapi aku rasa macam dah nak raya..minggu depan aku balik cuti sem + cuti raya..sem depan aku start intern.cepat masa berlalu dah nk habis dah hidup kat sini..lepas tu aku x taw jadi apa. mungkin coffea artist barangkali.haha..malas nak ulas bab ni sebenarnya aku nk terobek ja cuti-cuti dengan kawan aku.. hanya mampu terobek jea la.huh.

Gambar bawah ni aku g Ecoworld Majestic dekat semenyih rasa..nth la..




Dah la, sebenarnya banyak lagi gambar ngn malaun-malaun ni..tp aku letak 3 jea la sebab cuma nk bagitau jea ni antara kawan aku yang berkualiti..



p/s: bila posa aku x leh nak  menaip bbnyk sebab posa kan termasuk la buat keja lain. x berapa nk jalan keja. Ntah laa aku pon x paham diri aku ni.


Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

Bila dah rasa kena cari duit sendiri


Selepas habis belajar di politeknik, aku bekerja di travel agent. Masa tu memang suka sangat dapat kerja situ sebab dalam otak ni fikir nak travel ja. Tapi susah jugak nak belajar dari zero to hero terutama ni bukan bidang aku, yelah selepas mintak kerja kena panggil temuduga bagai Perghh, terutama aku bekerja dibahagian Reservatioon ticketing dan jaga bahagian akaun syarikat. Ok lupa nak kenalkan, nama syarikat aku bekerja tu TH Hata Travel & Services Sdn.Bhd. 


Best jugak kerja kat situ dapat belajar cara nak handle masalah, akaun dan komunikasi, selain tu juga bos situ pun baik sangat dan staff situ sangat sporting sampai sekarang still contact walaupon dah berhenti kerja, pergi bercuti  di krabi, langkawi, cameron, lombok, dan tempat-tempat lain lagi, best sangat bila terkenang balik. Tapi sekarang susah sikit sebab aku dah sambung belajar, yelah mana nak cekau duit nak bercuti bagai, dulu kerja boleh laa..bos pon baik bagi cuti. 


Sekarang baru rasa susahnya nak cari duit poket sendiri, tu pon kira bagus dapat kerja di negeri sendiri jimat duit rumah dan minyak cuma makan ja sampai la berat badan naik. Makan pon kenkadang bos belanja, apalagi tak cukup kerja situ, gaji pon best sebab cepat naik.hihi..tapi aku kerja dalam setahun lebih ja situ sebab dapat tawaran belajar di UPSI.



Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

Bila masuk Poli...


Aku masuk politeknik tahun 2011 masa tu umur aku 18 tahun. Aku dapat politeknik muadzam shah pahang. Banyak pengalaman yang aku belajar seorang diri tanpa keluarga disisi. huhu..sebab jauhh susah nak balik. Hidup jatuh bangun aku dengan kawan- kawan ja dan terjumpa sorang budak peneng nama dia zati, dia la jadi kawan dunia akhirat aku sampai sekrang. Apa-apa yang berkaitan asaimen kami buat sama-sama, dugaan belajar masalah dan yang berkaitan dengan poli dan kehidupan disitu dia selalu ada. huhu yela mak ayah jauh kan. Nak lagi saya kos graphic design, asaimen dia ya ampunn tambah lagi dengan lec dan perangai orang sekeliling serius kenkadang rasa tak tahan sangat, memang tak dak life langsung, makan sehari sekali dan hidup situ hanya siapkan asaimen ja termasuk sabtu ahad. Dapat tido 5 minit pon rasa heaven gila, serius. 


Pernah la juga berjalan nak rehatkan minda ke kuantan, kl, segamat johor. Itu pon bole la kira berapa kali. Yelah kenkadang kena jaga diri sendiri juga ni hadap laptop 24 jam ja.haha. Tapi tu semua pengalaman yang tak pernah dilupakan suka duka dengan kawan, menangis gelaka tawa bersama. Alhamdulillah dah grad 5 tahun dah, rasa macam kejap jea masa berlalu tapi masih contact lect dan kawan-kawan poli yang lain. Nak nangis rasa bila terkenang kisah belajar di poli memang perit dan kena kuat untuk jadi yang terbaik.







Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

Hobi dan Pengalaman sebagai Blogger



Blogging ni satu hobi yang aku minat sangat dulu. Blogging macam makan kopok jugak, sekali makan memang tak sedar dunia. Ini pun baru mula aktif balik sebab amik subjek Blog dan Laman web dah 8 tahun tak aktif. Selepas masuk Poli memang tak aktif langsung disebakan internet satu dan sibuk dengan asaimen. 


Sebenarnya blogger ni sangat best tak percaya cuba tengok blog lyssa faizureen, ben ashaari dan nisa kay. Tak pon ramai artis yang aktif dalam dunia blogger sebenarnya macam hanis zalikha dan zahiril adzim. Sebab  tu jugak tujuan blogging jangan jadikan jana pendapatan tu motif utama. Kalau itu motif utama bukannya tak boleh tapi jangan pula berhenti separuh jalan, kalau tak 3 4 bulan blogging terus lenyap gitu. Dulu aku pon pernah nak join nuffnang untuk tujuan jana pendapatan tapi rasa macam leceh kena serius, sebab tujuan aku blogging ni memang untuk seronok-seronok jea.


Apa yang bestnya blogging ni, ramai kawan (followers). Aku selalu join group blogger dalam facebook. Dalam group tu kami dapat share entry baru dan cari kenalan . Itu yang menariknya. Kadang-kadang kita tak kenal pon orang tu, tapi rasa macam kenal lama ja bila borak dan baca blog dia. Dan yang paling aku seronok, kenkadang komen tu tak penting pon, tapi bila ada orang komen dalam post tu, rasa semangat nak blogging tu terus naik. Serius. Ramai orang kenal dari blog ja macam nisa kay, hanis zalikha semua tu..tuptup dah terkenal.


Selain itu juga, blogging ni mengajar kita cara berkomunikasi dengan orang sekeliling, bukannya macam katak dibawah tempurung  tak bersosial dengan orang dalam dunia sendiri ja. Disebabkan itu juga blogging ni mengajar kita menjaga imej diri. Nak update sesuatu entry tu hati-hati la bila berkata-kata jangan la sentuh sensitiviti orang luar, bangsa dan agama mahupun politik. Mestila nak jaga nama baik sendiri kan. Mungkin kita tak sedar, tapi sebenarnya ada yang perhatikan kita. Kesimpulanya, tak perlu pon nak jadi blogger yang femes, sekadar hobi dan menyampaikan cerita yang sopan, imej tu penting beb.
 

Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

Perkenalkan Diri


Hai nama aku Nurul Atikah binti Omar. Panggil jea aku tikah dan saya anak jati negeri Perlis. Sekarang saya belajar di UPSI dekat Tanjong Malim Perak kos ISM Animasi  dari tahun 2015-2019. Sekarang aku dah sem 6, ok setahun setengah lagi nak habis. Harap semua dipermudahkan lah. Umur aku dah 25 tahun, sebelum aku sambung ijazah di  UPSI aku diploma dari Politeknik Muadzam Shah Pahang, kos Dip Rekabentuk Grafik selama 3 tahun.


Aku anak bongsu daripada 3 orang adik beradik dan aku seorang jea yang masih belajar. Kakak dan abang aku sudah bekerja dan sudah berkahwin. Dulu sebelum masuk Politeknik hobi aku memang suka menulis blog sampai la minat aku ni terhenti bila dah sambung belajar  di Politeknik kerana terlalu banyak tugasan sehingga tiada masa dengan semua ini. Sekarang Alhamdulillah sejak sambung Upsi ni ada subjek  MMS3033 Pembangunan blog dan laman web dan aku dapat kembali dalam dunia blogger. 




Maaf kalau ada terkasar bahasa.Sekian.

 
copyrightbluered "i'm ATIKAH OMAR"